Saturday, May 21, 2011

Hari

Dunia oh duniawi

Monday, September 7, 2009

Dunia

Salam,

Perih, jerih pengorbanan adakah ianya dihargai? Adakalanya kita penuh tulus tanpa rungutan segala bantuan tetapi apakala ianya terus dimomok, dipertikai kita tewas mempertahankan budi kita!

Para wanita,

Bukankah berfikiran positif, terbuka & matang itu lebih baik dalam kita mengharungi kehidupan duniawi kita?

Hakikatnya kita kaum Adam & Hawa perlu saling tolak ansur sesama kita.

Terima kasih.

Tuesday, December 16, 2008

Politik oh politik

Aslm.,
Para belia sila buka mata, lapangkan dada imbas kembali segala yang berlaku. Pertimbangkan segala peristiwa, bandingkan dengan apa yang dilalui. Benar dan memang benar terdapat kepincangan pengurusan negara di bawah kepimpinan BN yakni UMNO tetapi perhatikan jua apa sumbangan mereka kepada agama, bangsa & negara. Perlukah kita setelah berkuasa meminta yang bukan-bukan, meluluskan perkara yang bukan-bukan. Kenapa pemerintahan sebelumnya tiada perihal-perihal karut seperti ternakan babi besar-besaran, hebohkan bahawasanya kereta tempatan tidak berkualiti & pertikaian hak-hak bumiputera. Hentikanlah lemah akal untuk berfikir.Berfikiran rasional & terbuka. Perlukah setiap apa yang berlaku untuk diperjelaskan terperinci. Gunakan akal fikiran yang matang wahai para cerdik pandai untuk kebaikan semua dan bukannya kepentingan sendiri.
Fikir-fikirkanlah.

Monday, December 15, 2008

Patriotikkah mereka

Dikemelut dunia taktala ini,
waima negara kita turut bergolak
bergelut menongkah arus

Mereka yang alpa
lupa pada apa yang berlaku
megah tentang apa yang dikecapi
lupa asal usul

Pembaharuan demi pembaharuan
lagaknya mencairkan iman
katanya gah bak tembok besar China
janjinya memukau sang jelata
walhal ianya perlukan lebih banyak pengorbanan

Impian bukanlah realiti.

Friday, December 5, 2008

Aslm.,
Saban hari terus meredah likuan kehidupan,
tak tertanggung hambamu.
Getir perit seluruh rongga.

Damai dicari,indah dilalui tiap detik,
Ikhlas kah tiap laku,
Pasrah aku resah.

Tuesday, November 18, 2008

Aslm., & salam sejahtera.

Hari ini, semalam atau entah bila. Aku pun tidak pasti mana yang betul. Wujud & lahirnya insan baru ke dunia ini. Aku pasrah, keliru takutkan balasanNya tetapi aku sedar ianya berlaku disebabkan khilaf sebagai insan yang diuji lalu aku lemah dalam menempuhi ujianNya.

Dia, aku & insan baru. Kami menghadapi dugaan & ujian Ilahi.

Aku cuba jadi yang terbaik. Aku mohon petunjuk & hidayahMu ya Allah.

Amin.

Thursday, November 6, 2008

Bahtera Dunia

Indah hari ini
Kelip sinar gemilang
bahtera dilayar dikejauhan
perjalananku masih di sini
tercari-cari jawap pasti
menitip likuan haluan

Kilauan cahaya terang gemerlapan
kerdipan bintang menghiasi langit
insan sunyi kosong sendirian
terus gelora mencari kepastian

Jiwa-jiwa meruntun kehausan
dahagakan kasih sayang
mendamba belaian nurani

Menghalusi seni insani
harungi seteru duniawi.